Sabtu, 21 Mac 2015

BONUS


Syukur....Rezeki yg Allah bagi ni... dapat BONUS lagi...
Dengan rezeki yang kita dapat ni, walaupun bonus janganlah lupa untuk mengeluarkan zakat, itulah keberkatan yang dicari. 

Ini adalah contoh Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang ada Bonus. Buatlah penyata anda sendiri, itu lebih mudah untuk anda laksanakan kewangan anda.

WAHHHHH ada Baki BONUS yang masih banyak... Nak beli apa yer? 
hehehehe itu adalah soalan yang selalu ditanya. Betul tak?

Oklah itu wang anda, maka anda yang tentukan. Tapi anda masih boleh berbelanja dengan duit Baki Bersih RM900.00 tu kan, so duit Baki Bersih Bonus tu boleh la disimpan.

Jom kita laksanakan.....

Cara 1 : Buka fail Kewangan 2015, yang kita buat dahulu.
Cara 2 : Namakan Sheet2 sebagai Bonus.
Cara 3 : Masukkan Amaun, Perbelanjaan seperti di bawah :-


Cara 4 : Sentiasa kemaskini fail kewangan anda, jika ada bonus lagi...
Cara 5 : Laksanakan dan Disiplin okeh...

Selamat Mencuba...

Gaji Bulanan VS BONUS



BONUS datang lagi???? 
Wauuuuu semua orang pasti tersenyum lebar bila mendapat tahu akan mendapat bonus tahunan bila tibanya waktu gaji. Tindakan pertama yang pasti kita buat adalah semak penyata gaji untuk kesahihan berita bonus tersebut.

Dah tengok slip gaji....YESSSSSS ADA BONUS...Mula la rancang nk beli itu ini. Hajat bulan lepas yang tidak tercapai mula la menggamit perasaan... Nak shopping itu ini laaa...haaa sekarang dah ada online, lagi mudah nk shopping. Klik itu ini, masuk bakul n bayar. Cukup hari, sampai la barang tu depan pintu rumah atau atas meja di pejabat...hehehe tersenyum puas gak tu..

AWASSSSSS....PERINGATAN UNTUK ANDA... (*_*)
Tidak menjadi kesalahan untuk berbelanja atau mancapai hajat anda. Ini mungkin menjadi reward kepada diri anda sendiri. Cuma kita perlu berhati-hati dalam berbelanja, jangan sampai keterlaluan hingga menjerut leher atau sampai tahap mengikat perut untuk menunggu hari gaji bulan berikutnya..

Saya akan bantu anda bagaimana untuk membuat perancangan kewangan. Berikut adalah sebagai contoh Kewangan Anda :-

                                       
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Tanpa Bonus)

                                                    
   Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Bonus)

Kalau dilihat secara teliti, tiada perubahan pada Perbelanjaan Tetap pun. Yang ada perbezaan adalah adanya Penyata Bonus. Di sini, saya tidak meletakkan sebarang perbelanjaan bonus, kerana ianya adalah hak anda. 

Apa yang ingin saya sarankan adalah, jika adanya bonus....itu adalah BONUS SIMPANAN TETAP anda...Simpanlah dalam akaun simpanan tetap anda. Berbelanjalah dengan BAKI BERSIH RM900.00 tersebut. Ianya sudah mencukupi. Jika anda masih tidak merasa puas dengan perbelanjaan RM900.00 , muhasabahlah diri anda. Ingatlah simpanan yang ada dapat menjamin hari esok.


Sabtu, 14 Mac 2015

Simpanan Tetap

Assalammualaikum...

Semua orang nak jadi KAYA. Tapi tahukah anda bagaimana jalan pertama untuk ke arah itu?
Cara mudah lagi senang adalah buat SIMPANAN TETAP setiap bulan.

Cara 1 :
Sediakan Fail Kewangan Anda. Contoh Kewangan 2015. Menggunakan Microsoft Excel. 
Namakan sheet1 sebagai Simpanan Tetap.
Amaun simpanan bulanan adalah hasil tambah bilangan hari yang ada dalam bulan tersebut.
Contoh Januari = 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+
                            11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+
                            21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31
                          = RM496.00



Cara 2 : Pastikan setiap bulan iaitu hari gaji anda simpan amaun ini secara berdisiplin. Masukkan tarikh simpanan. Sentiasa kemaskini fail Kewangan 2015 ini sehingga hujung tahun.

Cara 3 : Simpan duit ini ke dalam akaun bank yang tiada Kad Debit. Ini dapat mengelakkan anda dari menggunakan duit tersebut. Contohnya, simpan di dalam Akaun Tabung Haji @ Sijil Simpanan Premium @ SSPN-i.

Cara 4 : Laksanakan dan Disiplin laaaa...

Selamat Mencuba....