BONUS datang lagi????
Wauuuuu semua orang pasti tersenyum lebar bila mendapat tahu akan mendapat bonus tahunan bila tibanya waktu gaji. Tindakan pertama yang pasti kita buat adalah semak penyata gaji untuk kesahihan berita bonus tersebut.
Dah tengok slip gaji....YESSSSSS ADA BONUS...Mula la rancang nk beli itu ini. Hajat bulan lepas yang tidak tercapai mula la menggamit perasaan... Nak shopping itu ini laaa...haaa sekarang dah ada online, lagi mudah nk shopping. Klik itu ini, masuk bakul n bayar. Cukup hari, sampai la barang tu depan pintu rumah atau atas meja di pejabat...hehehe tersenyum puas gak tu..
AWASSSSSS....PERINGATAN UNTUK ANDA... (*_*)
Tidak menjadi kesalahan untuk berbelanja atau mancapai hajat anda. Ini mungkin menjadi reward kepada diri anda sendiri. Cuma kita perlu berhati-hati dalam berbelanja, jangan sampai keterlaluan hingga menjerut leher atau sampai tahap mengikat perut untuk menunggu hari gaji bulan berikutnya..
Saya akan bantu anda bagaimana untuk membuat perancangan kewangan. Berikut adalah sebagai contoh Kewangan Anda :-
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Bonus)
Kalau dilihat secara teliti, tiada perubahan pada Perbelanjaan Tetap pun. Yang ada perbezaan adalah adanya Penyata Bonus. Di sini, saya tidak meletakkan sebarang perbelanjaan bonus, kerana ianya adalah hak anda.
Apa yang ingin saya sarankan adalah, jika adanya bonus....itu adalah BONUS SIMPANAN TETAP anda...Simpanlah dalam akaun simpanan tetap anda. Berbelanjalah dengan BAKI BERSIH RM900.00 tersebut. Ianya sudah mencukupi. Jika anda masih tidak merasa puas dengan perbelanjaan RM900.00 , muhasabahlah diri anda. Ingatlah simpanan yang ada dapat menjamin hari esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan